Thursday, December 29, 2011

ending of 2011: PSM

tahun 2011 dah nak berakhir.banyak pengalaman suka duka pada tahun ni.i think this is the most challenging period for me..tapi aku rasa bangga jg dengan diriku.cehh..haha,i mean aku dapat habiskan study, latihan industri and then projek ngn suma keja yg macam x banyak pula kn. then selected untuk main game rowing untuk team malaysia pada masa yang sama.

banyak jg yang aku dengan jadi atlit malaysia ni, dulu aku x pernah terfikir pn dapat tersenarai dalam team untuk sea games kat jakarta yang lepas. every day i think training and how to make me more stronger. tiap pagi dan petang aku pegi gym even masa tu busy ngn study.but you know what, its a challenge to make you a better man.hehe

tapi aku x lupa nak study gak, ak just nak buktikan ngn member2 aku yg aku dapat benda ni then get a good result.so far, everthing is ok.harap dapat good pointer nti.insyallah

ni gambar2 kenangan 2011 aku.

final event men 8+ sea games 2011, cipule lake jakarta

team malaysia rowing kat jakarta


first medal dengan team malaysia


masa ni dapat calon olahragawan 2010


but, i think da end of year ni da kena slow down ckit. nak prepare utk projek sarjan muda (PSM). so far sumanya ok ja.aku dapat jg siapkan PSM part 1 even semester ni aku busy ngn game rowing. tp kena usaha lebih la, da dekat final exam ni pn still buat projek lg..huhu

but, i know i can you do it..just believe it :)

Tuesday, December 6, 2011

after sea games

sea games da habis..training pun dah x macam dulu.huh..badan penat then sakit belakang lagi.so maybe ni la masa nak luangkan masa ngan member g men futsal.nak catch up study and siapkan psm

dah dekat dengan final exam.dah cukup ka preparation aku??kadang2 aku pikir tumpuan aku kat study dah x macam dulu.ntah la..huh.harap dapat habiskan study with good pointer.

wish good luck to all.peace

Friday, November 18, 2011

sea games 2011 jakarta - jakarta

salam



team rowing malaysia sea games 2011 at soekarna-hatta international airports
just going back from venue at horizon hotel,bekasi jakarta

team rowing malaysia yang terdiri daripada 13 orang atlit yang mana 100% adalah dari atlit universiti.cabaran membawa nama malaysia ke jakarta di mana event rowing diadakan di cipule lake,krawang jawa barat jakarta indonesia.cuma kali ni pengalamanya berbeza sikit sebab venue pertandingan betul2 terletak di tengah2 perkampungan. sepanjang perjalanan kita dapat lihat sawah padi, aksi anak kecil mandi di kaki sungai..orang kampung x kira usia ramai2 memenuhkan venue pertandingan.sebelum pertandingan bermula dah terasa hangatnya pertandingan

untuk edisi sa games kali ni.pertandingan rowing diadakan pada 12-17 november 2011.sebannyak 11 pingat emas menjadi rebutan tapi malaysia hanya menghantar 6 penyertaan:

M1x: mazlie daham
LM2X, M2X: aiman aziz, afiq johari
LM4-: zulfadhli,safwan,fahmi,syafiq
M2-: Alip, huzaifah
W2-: nurkhairunisa, fatin
M8+: zhafran, hattah, syafiq, fahmi, safwan, zulfadhli, huzaifah, alip, afiq

malaysia boleh dikatakan team "underdog" melihat kepada faktor umur,pengalaman dan fizikal strength memang jauh ketinggalan daripada team negara lain.team rowing indonesia contohnya sudah lama dibentuk dan telah banyak game luar negara yang diikuti.malahan ada atlitnya yang sudah belasan tahun terlibat dalam sukan rowing.tapi kami ambil ni sebagai cabaran dan akan cuba membuat kejutan

anak2 kecil penyokong timnas indonesia
setelah berhempas pulas serta doa yang mengiringi seluruh rakyat malaysia akhirnya team rowing malaysia berjaya membawa pulang satu pingar gangsa menerusi pasangan mens pair (M2-: Alip, huzaifah) yang mengalahkan team indonesia yang berada di tempat keempat.



 jalur gemilang dinaikkan pertama kalinya di pertandingan rowing sea games

menjadi satu kebangaan kepada kami semua sebab ni adalah medal pertama team rowing malaysia sejak 1997 lagi. kami optimis untuk membawa pulang 3 medal untuk sea games kali ni tapi rezeki x menyebelahi malaysia apabila acara yang LM4- dan M8+ yang ditarget untuk memenagi medal gagal untuk melakukanya.

last 500m filipin overtake malaysia

siapa yang tak sedih bila kalah.setelah penat lelah setahun training untuk sea games ni tapi x dapat pula nak sumbang medal untuk malaysia.hari terakhir pertandingan tu memang suasana sedih terasa di setiap crew..tapi nak buat macam mana kan.kita bukannya x bagus..cuma team lain lebih baik dan bersedia dari kita

we dont have to stop try..aku harap dapat tebus kekalahan ni untuk next sea games 2013 di myanmar.insyallah :)

Thursday, November 10, 2011

spirit of last day training

salam

hari ni last day untuk training rowing before ktorng berangkat ke jakarta untuk sea games 2011. last week of camp training ni banyak buat time trial on water. best time untuk bot m8+ 6:15..ok gk.dapat lepas target time before pegi sea game ni.harap2 dapat la bawa pulang sebutir pingat dari sana

dalam 2-3 hari ini aku demam sikit.dengan sakit kaki dan lower back back body..huhu.mmg perit la masa nak wat workout tu.tp tahan jela..xpe.sikit je lagi

esok da nak pegi sea games..x sabar pula.majlis sukan negara x sasarkan sebarang pingat pun utk sukan rowing ni.mcm pandang rendah je kemampuan ktorang..tu maybe based pada rowing punya last year pnya performance.so fare x pernah menang medal pun lg..so ktorng nak buktikan thun ni.student universiti pun boleh kalahkn senior athlete..apa de hal.lawan je

my coach said..if u dont try.dont cry

Sunday, November 6, 2011

salam aidiladha

salam aidiladha..

tahun ni aku lagi sekali x balik beraya kat sabah.yela terpaksa continue rowing training before pegi sea games next week.dah x lama tu.tinggal seminggu je lagi training pastu depart to jakarta.tapi nak buat macam mana kan.ni jela pengorbanan yang dapat aku lakukan.hehe

tapi raya aidiladha ni aku celebrate kat tempat adik aku kat subang jaya.tapi at the end aku braya sorang2 jg sebab dia pegi berjalan then aku stay sorang2 kat umah.layan drama kat tv la apa lagi,haha..pagi raya tu aku pegi la masjid sorang2 utk solat sunat aidiladha.masjid kat sana buat korban 15 ekor lembu hasil dari sumbangan penduduk tempatan dan kerajaan.ingatkan aku n ak tgk acara korban tu,tp lambat bebeno..aku pn balik dulu la.then zohor aku datang balik masjid tu

kat sana belambak mamat bangla ngn indon,dorang la yang dok sapu suma daging korban tu..mak ai,geram pula aku tgk.dgn berebut2 lagi..orang tempatan relak je,,dorang ni yg gelabah semacam je.tp xpela..dorang pn nak raya jg kn.aku pegi la try tgk mcmna dorang melapah daging korban ni then agih2 kan untuk disedekahkan kepada umum.aku pn ambil la satu..x makan pn.saja nak ambik bagi adik ku masak.hee

family aku kat sabah x buat korban pn.kat sana lebih kepada sembelihan..selepas solat sunat aidiladha.boleh dikatakan setiap orang kampung akan membuat sembelihan ayam.dulu masa aku kat kampung ayah aku la yg tukang sembelih ayam.so ramai la orang2 kampung datang umah minta ayahku sembelihkan ayam..meriah gak masa tu,then selesai tu..family aku akan buat kenduri doa selamat.kira lain sikit la dgn  budaya kat kl ni..

ok la.tu je..bye

Friday, November 4, 2011

majlis penyerahan bendera kontingen sea game

hari khamis yang lepas (3nov) berlangsung majlis pnyerahan bendera oleh menteri belia dan sukan kepada chef de mission sea games 2011. tp aku dari skudai aritu terpaksa gak rush lepas ambik exam malam rabu terus pegi kl untuk even tu esok paginya..huhu.lewat gk aku sampai.mmg x cukup tido and badan pn letih semacam ja.tp syok gak dapat g majlis tu..dapat jumpa semua atlit malaysia.


fuhh,,ramai gk atlit dalam tu,macam2 jenis atlit jg la aku jumpa..haha,excited jg la nak tgk suma even x ckup tdo.haha..majlis tu kejap je,tp dia pnya rehearsal sampai 3 kali.mmg lembik la kaki berdiri lama2.dah la kena berdiri tegak je sepanjang majlis tu.tp tahankn jela.kata national atlit.takkan tu pn x tahan kn..haha


masa majlis ni jg ada majlis ganjaran skim hadiah kemenangan sukan (shakam).ramai gak atlit yang dapat tp yang aku x expect yang paling tinggi dapat insentif sampai rm100k.mmg rezeki dia la..aku klu da main tahap world level mmg men sukan jela.tp rezki aku bukan kat sukan kot..haha.but no one know, maybe someday..haha



Ahmad Shebery Cheek (tengah) bersama kontinjen Malaysia ke Sukan SEA Indonesia 2011 pada majlis penyerahan Jalur Gemilang di Putrajaya, semalam. - UTUSAN/Noor Asrekuzairey Salim
sumber: utusan malaysia online


majlis ni berupa himpunan atlit2 malaysia utk sea games nti.tgk jela kat gambar kat atas tu..siap pakai baju rimau lagi tu.haha..korang ada tak???.mesti xda kn.haha..jgn la jeles..haha.just kidding..hmm,tp silap x stay kat depan masa sesi brgambar tu.klu x boleh gak masuk paper.rugi2..mmber2 aku siap masuk tv3 lagi kena interview.pergh..aku lambat sikit je,klu x mmg famous la aku kat kampung nti..haha.gila glamour dak ni.


majlis tu habis dalam pukul 1 petang..pastu balik kat camp training la.ada test fitness pula (test ergometer 2k).fuhh..aku pn buat dgn sehabis mungkin dgn kaki yang sakit.then the result is much worst compate to my best time.tp aku xnak la bagi alasan sebab kaki sakit then x blh nak dapat benchmark test time,,ntah la maybe im not good enough or im too afraid to try..mcmna eh.my mind think that im could do it but my body doesnt want to do it..huh,come on hata,train harder then prove you can do it..



last sea game rowing camp preparation

salam

da lama x update blog.tp entry ni pasal last sea game rowing camp before team rowing malaysia pergi berjuang ke indonesia.aku bersyukur sangat sebab tersenarai didalam team rowing malaysia  yang semuanya seramai 13 orang dan 4 orang datangnya dari UTM..memang selama ni aku langsung tak expect pun dapat tersenarai diantara finalise atlit malaysia pegi sea game tahun ni.huh..this is the first sea game on my career and  perhaps the sea game in my career.huhu..sebab tahun depan dah nak graduate dah.tapi klu dapat proceed study master maybe boleh la kot main lagi.hahaha

last sea game camp preparation ni start dari 28oct till 11nov.then 12nov we will depart to jakarta for rowing event.hmm..tak dapat la nak join pembukaan sea game sebab majlis tu kat palembang.so x dapat la nak jalan kat balapan mcm yg kita tgk kat dlm tv tu.hahaha

seriously aku macam x berapa yakin sangat yang kitorang dapat bawa pulang medal sea game tahun ni.for record,team rowing malaysia belum pernah lagi menang medal sea game..then if we able to make it,so it will be history.hehe..makin semangat lagi nak bertanding ni.tp to be realistic it is too hard man..yela,tgk kat atlit rowing kat negara asean ni,sumanya very experience player and da main banyak game luar..kalau nak compare dgn team rowing malaysia.mmg banyak bezanya..kitorang suma datang dari atlit university the experience pun sikit ja.tp nak takut apa kn..dont think much.just do it okay,hee

we have try so hard to be the best,and im hope this last camp preparation will make us more better..

to all my friend doakan kitorang ok :)

Friday, September 30, 2011

varsity boat race

salam..lama dah tak update blog ni.nak kata busy mungkin la kot.yela..busy ngn training ngn study lg.tapi ada masa ni boleh la nak update pasal for this coming varsity boat race 2011 kat putrajaya watersport complex.tapi tahun ni lain sikit sbb aku men team pks (malaysia) untuk fight ngn foreign university.game ni berlangsung 3hb-9hb october nti melibatkan game kayak, dragon boat dan rowing yang di organise by utm..kira grand juga game ni.boleh label international level...



varsity boat race..launch by naib canselor UTM

untuk pertandingan kali ni.aku men kategori men eight (m8+).harap2 dapat bawa pulang medal nanti.
my coach said "if you dont try.dont cry"..so you just have to try.not limit for that.hehe

insyallah..doakn kitorng

Thursday, August 18, 2011

this is it..time to prove

lama dah x update blog..sekarang ni tengah follow training program rowing pks.camp 10 hari brmula 18 august till 27 august.before ni pun dah ada camp 20 hari dan camp 10 hari.tp masa yg camp 20 hari tu x dpt nak fullfill training sbb take some time to fininsh my intership..kena balik johor siapkan report then submit to my supervisor.result da kuar..LULUS.hehe..syukur la.even ambik cuti lama masa intership tu.takut jg klu x lepas.hehe

so far my performance kira teruk la..mmg down gila bila pikir pasal ni.mcm x belong to this group..yela sbb dorng  sume show good performance on ergometer test 2km.aku pula x dapat nak buat best time..coach pn ada slow talk that hewant me to prove something that i can make it..break my own record.for the sake of sea game competition..the best will be selected.aku dalam team ni mcm yg paling teruk.coach ada ckp "your boat will move based on the weakest rower on your boat"..huhu.aku la tu.tapi xpela..aku lg semangat nak improve.hee

for this sea game selection.aku x brharap sgt nak pegi, maybe sbb aku ni x cukup bagus..but this camp.it is time  to make it.make new record for ergometer test 2km..mmg sakit kalau nak buat test ni.tanya sapa2 pn,bila nak test ni je msti dah x sedap badan..ahh.aku pn asyik pikir.blh buat ke x nanti..huh

but, i think this is it..time to prove that i can make it..heee

Friday, July 8, 2011

selection sea games rowing athlete..

10 and 11 july ni ada pemilihan akhir skuad kebangsaan rowing kat UTMkl..nama aku ada dalam senarai akhir atlit yang akan diserapkan dalam team rowing malaysia for selection..tp mampu ka aku melepasinya??..lantak la,aku pn x kisah yang penting im just want to try my best.defeat my own weakness..

tp siyesla.sapa yang xnak main sea game kalau ada peluang..tp level aku ni mcm x layak je.yela..dalam tahap ni aku sepatutnya da blh wat ergometer below 7:10 min with good condition of aerobic and anaerobic..tp apakah upaya ku.masa ni pula tgh internship..training mmg takat yg mampu je..hmm.ntah la..but i want to fight till the end

so means aku nak gerak esok da(sabtu 9 july)..masa tu pula tgh peak time ngn case perhimpunan BERSIH 2.0..ntah mcmne la ak nak travel g kl nti.dgn road block disana sini..haishh.gua panas btul la..haha

pape pun..hope the best will be stay.and i will make sure im the one of it :)

all da best my friend

Friday, July 1, 2011

bagang..im grow with it

this is some story about my past..

bagang..nama bagi satu teknik penangkapan ikan bilis secara tradisional yang mengunakan tenga manusia sepenuhnya.bagang lazimnya didirikanan ditengah lautan cetek dengan bahan binaan bamboo,nibong dan kayu bakau..i think it is a creative innovation from sabahan and u cant find except in this region..

bagang merupakan struktur binaan yang didirikan diatas permukaan laut yang keluasaanya 20x20 kaki persegi dan dapat disiapkn dalam masa 8 jam sahaja bergantung kepada bilangan orang yang membuatnya..bagang secara asanya dibuat berdasarkan prinsip cantum dan pasang..kalau rumah biasanya menggunakan paku..tapi bangang ini pula mengunakan tali dan diketatkan mngunakan kayu bakau sebesar 20cm yang bertujuan mencantumkan setiap element bagang ini...

some description about bagang..
Bagang is a traditional fishing structure for catching anchovy made of bamboo in Sabah, Borneo. A large fishing net is placed on the sea bottom and light is used to attract the fishes gathering above the net. When this looks promising the net is lifted to collect all the fishes trapped inside. The structure is very beautiful, floating on the sea like a sketch of a house, which I imagine holds the dreams of those who build them.
bagang dalam jarak 200m dengan yang lain

ni merupakan bagang yang telah siap dibina. kat bahagian dalam bagan ini terdapat jaring halus yang berbentuk square yang digunakn untuk memerangkap ikan.




 mekanisme cara tangkapan ikan bilis dengan mengunakan lampu sebagai daya tarikan ikan untuk masuk kedalam kawasan bagang. jaring halus terlebih dahulu diturunkan kedasar laut dan akan dinaikan secara perlahan2 untuk memerangkap ikan..biasanya operasi bagang bermula seawal 7mlm dan jaring akan dinaikkn pada jam 4pagi..

jaring dinaikkn mengunakan pemusing


pemusing (spin reel) merupakan alat yang digunakan untuk menaikkn jaring.mengunaka tenaga manusia sepenuhnya untuk memusing alat ini...hmm,masa kecik2 dulu selalu jg follow abah g bagang ni..mak ai,berat jg nak naikkan pukat tu.tp bila jaring ni dah nak sampai pmukaan laut, ikan pn naik ke pmukaan air..fuhh best2.penat pon hilang.lagi2 bila ikan banyak masa tu..tp bila kosong ja jaring tu.hmm..layu ja.haha



    some video i uploaded on youtube..suasana malam diatas bagang

                                                       
                                                               on the way to bagang place..


tika malam menjelang..jaring diturunkan

 antara hasil tangkapan..


perjalanan selama hampir 2 jam menaiki perahu panjang atau dikenali sebagai perahu jonkong untuk sampai ke kawasan bagang..leh naik ramai2.best2.yang cool ialah pada waktu malam,bagang ni mcm butiran bintang diatas lautan.hehe..then,pabila balik...ikan dinaikkan dan dijemur.ambil masa dlm 2 hari utk produce ikan kering bilis then ready to market..gua cakap lu.mmg bahaya keja bagang ni,skali ribut datang..fuhh,terbang sume skali..tp so far sume ok ja.benda ni smakin pupus dek zaman dan hanya diusahakan oleh orang tertentu sahaja..dlm 10 thun lg mgkn susah dah nak jumpa benda ni..hmm

aku mmg hidup susah.bergantung dengan hasil tangkapan bagang ni.ingat lagi masa dulu ak g bagang then sampai ja dr bagang pagi tu trus g skolah..badan penuh ngn bau ikan.member2 sume ejek2..malu and rasa hina masa tu.then sejak aritu ak dah azam xnk anak2 aku rasa apa yang ak dah lalui..tp apa2 pn ak x malu nak ckp ngn membr2 pasal benda ni.brla orang kenal ak ni sbgi anak nelayan.im proud with it..ak jd mcm ni pn sbb ingt ak pernah hidup susah dulu..you will be amazed what will i become..

peace :)

my sister wedding

my sister wedding masa 25jun lepas..da busy tahap gaban so xdpt nak update blog.huhu

Allahdulillah..my lovely sister sinihari talani,25 telah selamat di ijabkabulkan pada 25jun jam 2:00 ptg kat rumah ak d sabah.syukur jg sebab ak ada pada masa nikah akak ak tu.praktikal pnya pasal ak just sempat pada 25july tu jg..nasib bek sempat..hehe


                               
                                                    gambar ni masa ak dalam flight..hehe


then ak sampai la kat umah around 11:00am..tgk rumah dah meriah ngn orang2 kampung dtg rewang kat majlis kawen tu,ak pn letak beg then trus g wat keja la.hehe..around jam 2 petang pihak pengantin lelaki datang rumah..diiringi dgn pukulan kompang...





akak ak pn selamt la dinikahkan kepada pasangan hidupnya Ashari syamsul alam..orang kampung jg.harap bahagia ke anak cucu,hehe..suka je tgk akak ak duduk atas pelamin.ayah ak pn dah tua..syukur jg la dia sempat lg tgk dia menamatkn zaman bujangnya..hehe


this is my family..






pada majlis kawen ini.family ada tempah sebuah band untuk acara hiburan pada sebelah malam..just simple song performance.guest blh jg nyanyi klu nak karok.hehe..best jg.tp yg x best bro bila ada kumpulan rock kapak ni dtg dlm 1 kumpulan then nyanyi lagu head benging..1 group msuk stage then mnari.what the...ehh geram ak.rosak majlis..at the end majlis ni hbs awal.tkut benda yg x baik brlaku..elok tutup kedai je.haha..hbs cite

so ni ada gmbr2 sekitar majlis kawen aritu..