Friday, November 18, 2011

sea games 2011 jakarta - jakarta

salam



team rowing malaysia sea games 2011 at soekarna-hatta international airports
just going back from venue at horizon hotel,bekasi jakarta

team rowing malaysia yang terdiri daripada 13 orang atlit yang mana 100% adalah dari atlit universiti.cabaran membawa nama malaysia ke jakarta di mana event rowing diadakan di cipule lake,krawang jawa barat jakarta indonesia.cuma kali ni pengalamanya berbeza sikit sebab venue pertandingan betul2 terletak di tengah2 perkampungan. sepanjang perjalanan kita dapat lihat sawah padi, aksi anak kecil mandi di kaki sungai..orang kampung x kira usia ramai2 memenuhkan venue pertandingan.sebelum pertandingan bermula dah terasa hangatnya pertandingan

untuk edisi sa games kali ni.pertandingan rowing diadakan pada 12-17 november 2011.sebannyak 11 pingat emas menjadi rebutan tapi malaysia hanya menghantar 6 penyertaan:

M1x: mazlie daham
LM2X, M2X: aiman aziz, afiq johari
LM4-: zulfadhli,safwan,fahmi,syafiq
M2-: Alip, huzaifah
W2-: nurkhairunisa, fatin
M8+: zhafran, hattah, syafiq, fahmi, safwan, zulfadhli, huzaifah, alip, afiq

malaysia boleh dikatakan team "underdog" melihat kepada faktor umur,pengalaman dan fizikal strength memang jauh ketinggalan daripada team negara lain.team rowing indonesia contohnya sudah lama dibentuk dan telah banyak game luar negara yang diikuti.malahan ada atlitnya yang sudah belasan tahun terlibat dalam sukan rowing.tapi kami ambil ni sebagai cabaran dan akan cuba membuat kejutan

anak2 kecil penyokong timnas indonesia
setelah berhempas pulas serta doa yang mengiringi seluruh rakyat malaysia akhirnya team rowing malaysia berjaya membawa pulang satu pingar gangsa menerusi pasangan mens pair (M2-: Alip, huzaifah) yang mengalahkan team indonesia yang berada di tempat keempat.



 jalur gemilang dinaikkan pertama kalinya di pertandingan rowing sea games

menjadi satu kebangaan kepada kami semua sebab ni adalah medal pertama team rowing malaysia sejak 1997 lagi. kami optimis untuk membawa pulang 3 medal untuk sea games kali ni tapi rezeki x menyebelahi malaysia apabila acara yang LM4- dan M8+ yang ditarget untuk memenagi medal gagal untuk melakukanya.

last 500m filipin overtake malaysia

siapa yang tak sedih bila kalah.setelah penat lelah setahun training untuk sea games ni tapi x dapat pula nak sumbang medal untuk malaysia.hari terakhir pertandingan tu memang suasana sedih terasa di setiap crew..tapi nak buat macam mana kan.kita bukannya x bagus..cuma team lain lebih baik dan bersedia dari kita

we dont have to stop try..aku harap dapat tebus kekalahan ni untuk next sea games 2013 di myanmar.insyallah :)

1 comment:

  1. terharu la baca post ko ni hattah... jangan putus harapan ok..masih ada peluang untuk tebus balik kekalahan bot korang tu..pasni traning more harder ok..all the best to u guys! :D

    ReplyDelete